Selepas Perang Dunia II HMCS Haida

Haida dilucutkan tauliah pada 20 Mac 1946 sebagai sebahagian daripada usaha pengecilan tentera laut selepas perang.

Dalam tahun 1947, Haida disediakan untuk perkhidmatan semula, dan dalam bulan Mei 1947 Haida kembali bertugas dengan tentera laut. Selama 3 tahun yang berikutnya, Haida bersama-sama HMCS Nootka membuat latihan bersama-sama kapal Tentera Laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal Tentera Laut Diraja British. Semasa Perang Korea Haida ditugaskan ke Sasebo di Jepun untuk perkhidmatan di perairan Korea. Haida menggantikan HMCS Nootka sebagai kapal penyelamat dan kapal pengawal di pantai Korea.

Dalam bulan Disember 1953, Haida belayar semula untuk tugasan kali kedua di Korea sehingga bulan November 1954. Selepas Perang Korea, Haida dikerahkan kepada tugasan antikapal selam. Dalam bulan Januari 1958, Haida mula menunjukkan kerosakan besar. Dalam bulan Disember 1958, Haida mengalami kerosakan kemudi semasa dalam perjalanan pulang dari Eropah. Haida dimasukkan ke dermaga kering untuk pembaikan yang selesai dijalankan Januari 1960. pada akhir tahun 1960, Haida sekali lagi dimasukkan ke dermaga kering, tetapi kerosakan yang dialami tidak dapat dibetulkan dengan sempurna. Dalam bulan Mac 1962 Haida sekali lagi diberikan pembaikan berat termasuk pembaikan bearing enjin dan bilik dandang.

Selepas pembaikan, Haida diberikan status Simpanan ā€œCā€ dan dalam tahun 1964, Kanada mengumumkan bahawa Haida akan dijual untuk sekerap.

Berkaitan